LESEN PERNIAGAAN SEMENTARA

Apa itu Lesen Perniagaan Sementara?

Lesen Perniagaan Sementara membolehkan anda memulakan perniagaan dengan segera sementara menunggu kelulusan lesen perniagaan penuh daripada Majlis.

Dengan lesen ini, anda boleh menjalankan perniagaan secara sah dan mematuhi peraturan Majlis.


Siapa Yang Boleh Memohon?

Anda boleh memohon jika:

  • Perniagaan telah berdaftar dengan SSM
  • Aktiviti perniagaan dibenarkan oleh Majlis
  • Premis perniagaan tidak berada di kawasan larangan

Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan dokumen berikut sebelum memohon:

  1. Kad Pengenalan / Passport pemohon
  2. Dokumen pendaftaran perniagaan SSM. Anda boleh dapatkan dari:
    • mydata-ssm.gom.my
    • ssm-einfo.my
  3. Jika anda pemilik premis (dokumen Penjanjian Jual Beli / Geran Tanah), Jika anda penyewa premis (dokumen Penjanjian Sewa)

Cara Memohon

Permohonan sangat mudah.

Layari laman web: ilesen.mps.gov.my

  • Isi maklumat perniagaan
  • Muat naik dokumen
  • Buat pembayaran secara online
  • Lesen dikeluarkan secara digital menerusi emel dan whatsapp

Tempoh Sah Lesen

Lesen ini sah untuk tempoh sementara selama 6 bulan. MPS akan melakukan lawatan pematuhan dalam tempoh tersebut dan sekiranya patuh kepada keperluan lesen perniagaan penuh, anda akan diberikan Lesen Perniagaan (penuh).


Masa Kelulusan

Jika maklumat lengkap dan bayaran berjaya, lesen perniagaan sementara dikeluarkan serta-merta. Anda akan menerima emel dan whatsapp dari MPS. Klik link yang diberi untuk memperolehi lesen tersebut. Anda perlu pamirkan di premis anda.


Anda bersedia untuk memohon?